ALLAH HANTAR ANDA SEBAGAI PENYELAMAT KAMI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 January, 2023
Sumbangan 20 liter minyak diesel oleh Muslim Care Malaysia Society (MCM) kepada pelarian Syria di kem Al-Khodr semalam benar-benar menepati slogan MCM - tepat pada masanya, tepat pada sasaran. Ini kerana bahan bakar itu amat-amat diperlukan pelarian yang kini dicengkam kesejukan dengan suhu di bawah 10°celcius.
Muhammed, seorang daripada penerima bantuan berkata dalam satu atau dua minggu lagi besar kemungkinan salji akan turun, menjadikan suhu pada ketika itu di bawah 0° celcius.
"Tak tahu bagaimana saya nak ceritakan kegembiraan saya kerana mendapat minyak diesel ini.
"Sebelum ini saya, anak dan isteri terpaksa menahan kesejukan kerana tidak dapat menggunakan alat pemanas di dalam khemah kami disebabkan tiada wang untuk membeli diesel.
"Nak beli makan pun tak cukup duit, macam mana nak beli diesel? Tapi Alhamdulilah, dengan takdir Allah anda semua datang sebagai penyelamat," kata bapa kepada anak itu yang kudung kaki kiri sejak lahir.
Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan berkata di setiap khemah terdapat dapur khas digunakan untuk memanaskan badan dengan diesel sebagai bahan bakar.
Menurutnya, selain diesel, MCM turut menyumbangkan selimut dengan nilai keseluruhan RM200 untuk setiap satu keluarga di kem Al-Khodr yang terletak di Tripoli, utara Lubnan. Beliau berkata, seramai 150 keluarga menerima bantuan itu di bawah program Bantuan Musim Sejuk kepada pelarian Syria dan Palestin di Lubnan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Mudah-mudahan setiap jariah yang dihulurkan akan menjadi asbab kita ke syurga nanti.
Amin.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia