ALHAMDULILLAH...DULU PUB, KINI SEKOLAH ISLAM (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 June, 2024

Alhamdulillah, hasil sumbangan sebanyak RM550,000 oleh rakyat Malaysia hasrat untuk menukar sebuah pub di Leicester, England menjadi sebuah sekolah Islam kini menjadi kenyataan.

Muslim Care Malaysia (MCM) berasa terharu dan amat berterima kasih kepada semua penderma kerana kempen kutipan dana yang dimulakan pada Jun 2023 itu mendapat sambutan amat baik daripada orang ramai.

Sekolah Islam itu kini sudah beroperasi dengan jumlah peljar seramai 250 orang dan diuruskan oleh Hidayah Hub sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di United Kingdom dan juga rakan strategik MCM.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia