AL-QURAN WAKAF GANTI PAPAN KAYU

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 July, 2023

Selama ini mereka hanya menggunakan papan kayu untuk menulis kalimah suci al-Quran. Selepas ditulis dan dihafal, ia dipadam sebelum ditulis pula dengan ayat yang baru untuk dihafal. Dan begitulah seterusnya sehingga mereka akhirnya mampu menghafaz satu juzuk al-Quran.

Begitulah suasana pembelajaran al-Quran di dalam bilik darjah yang diperbuat daripada ranting kayu di sebuah kampung di Doso, Niger yang diziarahi Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM Tuan Haji Johari Ismail bersama pegawai media MCM, Adam Rashidi untuk melaksanakan ibadah korban pada Aidiladha 29 November 2023.

Berkat sumbangan rakyat Malaysia, MCM telah menyumbangkan kira-kira 100 naskah al-Quran yang diwakafkan. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga sedekah jariah anda dikurniakan pahala yang berterusan daripada Allah SWT.

Ikuti suasana pembelajaran kanak-kanak Niger itu melalui rakaman video ini.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia