AL-QURAN BUAT GENERASI MUDA GAZA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 October, 2026

Pada 22 September 2026, tim Muslim Care Malaysia-Palestin telah memulakan agihan naskhah al-Quran, alat tulis persekolahan serta makanan ringan kepada anak-anak Gaza di Masjid Cinta Mati Syahid**.

Dalam fasa awal, sebanyak 30 naskhah al-Quran telah diagihkan di Masjid Cinta Mati Syahid.

Alhamdulillah, usaha ini kemudiannya diteruskan pada Ahad, 27 September 2026, dengan agihan baki 170 naskhah al-Quran kepada anak-anak dan pelajar di:

📍 Kem Al-Farouq

📍 Kem Zoroub

Dengan agihan tersebut, sebanyak 200 naskhah al-Quran telah disampaikan kepada generasi Gaza melalui inisiatif ini.

Pengagihan ini dibiayai bersama oleh Muslim Care Malaysia dan Hajah Moona Al-Ra'ee, seorang dermawan Syria yang kini menetap di United Kingdom.

Inisiatif ini dilaksanakan berikutan kekurangan naskhah al-Quran (mushaf) yang amat serius di Gaza, khususnya selepas kemusnahan masjid dan kediaman yang sebelum ini menjadi antara tempat penyimpanan serta pembelajaran al-Quran.

Selain memenuhi keperluan mushaf, usaha ini turut bertujuan menyokong para pelajar hafazan al-Quran serta menyemarakkan semangat generasi muda Gaza untuk terus membaca, mempelajari dan menghafaz Kalamullah, meskipun berdepan keadaan yang amat mencabar.

Semoga setiap ayat yang dibaca, dipelajari dan dihafaz menjadi amal jariah yang terus mengalir, serta menjadi cahaya dan kekuatan buat generasi Gaza. 🤲🇵🇸

Terima kasih kerana terus bersama Muslim Care Malaysia dalam menyantuni, mendidik dan menyokong generasi Gaza.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia