"AKU NAIK SAKSI..TIADA TUHAN SELAIN ALLAH"

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 July, 2023

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Tuan Haji Johari Ismail mengutip pengalaman indah dalam kunjungan ke Odeyale, Nigeria sempena sambutan Aidiladha 2023 apabila berjaya menarik minat seorang remaja di negara itu memeluk agama Islam.

Remaja itu pada mulanya ditugaskan mengawal keselamatan Haji Johari dan pegawai media MCM, Adam Rashidi sepanjang mereka berdua berada di Nigeria.

Selepas melafaz syahadah dengan rela hati tanda menerima Islam sebagai agamanya, remaja itu menggunakan nama Muhammad sebagai nama baru beliau. Alhamdulillah

 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia