"AKU MENGENALI RAKYAT MALAYSIA DENGAN SIFAT PEMURAH." (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
2 January, 2024

"Wahai rakyat Malaysia, aku mengenali kamu dengan kebaikan dan sifat pemurah dan aku juga mengenali kamu dengan sifat pemberi." ucap Syeikh Mohammad Kurrayim Rojeh, Ketua Ulama Al Quran Negara Syam.

Matlamat mereka sangat jelas, mahu menghapuskan negara Palestin lantas dengan rakusnya mereka membunuh rakyat Palestin dengan pelbagai cara dan hujah.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah membantu saudara kita di sana dengan sedaya upaya kita melalui bantuan kewangan dan ketenteraan.

Melalui Muslim Care Malaysia, kita telah berjaya menyalurkan bantuan tanpa henti sejak hari ke-4 perang dilancarkan. Namun, hakikatnya lebih banyak bantuan perlu dihantar.

Selain derita asbab perang, mereka juga sedang kelaparan, ketakutan dan kesakitan.

Lebih banyak bantuan mahu dihantar.

Kami menyeru kepada semua untuk bersama-sama kami, kita berganding bahu dan membantu sebanyak-banyaknya saudara kita Palestin.

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kecemasan...

Mudah-mudahan setiap sumbangan yang Tuan/Puan sekalian salurkan akan menjadi saksi syahadah juga saksi kebersamaan kita dalam jihad kali ini.

Dari sungai ke segara,

Palestin pasti merdeka!



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia