AKADEMI MUSLIM CARE, SATU KEBANGGAAN (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 February, 2024
Keupayaan Muslim Care Malaysia (MCM) menguruskan tiga sekolah untuk anak-anak pelarian Syria di Iskenderun, Turkiye mendapat pujian Datuk Seri Dr Zulkifli Albakri.
Bekas Menteri Hal Ehwal Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata apa yang dilakukan MCM itu amat mengagumkan dan di luar jangkaan beliau.
“Apa yang MCM buat ini amat besar faedahnya kepada pelarian Syria. Semoga usaha murni ini berterusan dan berkembang ke tahap lebih baik,” katanya.
MCM komited memberi pendidikan kepada anak-anak Syria sejak 10 tahun lalu. Pada masa ini, ada dua sekolah MCM di Idlib, Syria dan tiga di Iskanderun, Turkiye.
Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar berkata jumlah pelajar di semua lima sekolah itu mencecah 1,500 orang dengan 400 daripadanya di Iskenderun
Beliau berkata, MCM membelanjakan kira-kira RM60,000 sebulan untuk menampung kos operasi termasuk gaji guru-guru di lima sekolah berkenaan.
Sehubungan itu, sumbangan orang ramai amat diperlukan dan boleh disalurkan ke akaun Muslim Care Malaysia (Maybank 564490413882)