AIR SURUT, TAPI LUKA DI HATI BELUM KERING

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 October, 2025

Alhamdulillah selesai program di Pokok Sena, Muslim Care Malaysia (MCM) turun menyantuni 54 penerima manfaat dalam Program Bantuan Pasca Banjir pada 10 Oktober 2025.

Walaupun air sudah surut, cerita mereka masih basah dengan rasa cemas dan kehilangan. Ada rumah yang tak pernah dinaiki air sebelum ini, kali ini tenggelam sampai paras lutut. Ada yang hanya sempat selamatkan anak dan dokumen penting, selebihnya hanyut dibawa arus kilat yang datang tanpa amaran.

Namun di sebalik wajah letih itu, masih terukir senyuman kecil bila pek makanan asas dan bantal tidur diagihkan. Nampak biasa bagi kita, tapi sangat bermakna buat mereka yang baru bangkit dari ujian.

Kerana bagi mereka, bukan nilai barang yang penting, tapi rasa bahawa masih ada yang peduli.

Dan di situlah indahnya kerja kemanusiaan ini… bila tangan yang memberi, sebenarnya turut menyembuhkan hati yang terluka.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia