AIR MATA ANAK GAZA DI AIDILADHA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 July, 2024

"Kami dah penat! Berhenti hantar bantuan. Kami juga boleh hantar bantuan jika perang ditamatkan. Hentikan peperangan ini," sambil menahan sebak, anak muda di Gaza meluahkan isi hatinya.

Jika itu boleh dilakukan sudah pasti itulah yang akan kami di Muslim Care Malaysia usahakan. Sehingga hari ini, bantuan demi bantuan kami sampaikan.

Sempena Aidiladha baru-baru ini, acara menarik dan hadiah kami sampaikan kepada anak-anak di Gaza melalui Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin. Walaupun ia bukanlah kegembiraan yang berkekalan, namun diharapkan ia dapat merawat sedikit luka di hati mereka yang setiap saat diasak ketakutan dan kesedihan.

Teruskan berdoa dan membaca Qunut Nazilah buat saudara kita di Palestin.

Semoga ada keajaiban menjelma dan peperangan akan tamat dengan kejayaan besar buat Palestin.

Amin.

Dari sungai ke segara,

Palestin pasti MERDEKA!



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia