AIR KERUH BERTUKAR JERNIH (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 January, 2026

"Terima kasih bapak, ibu. Syukur Alhamdulillah. Inilah bekalan air bersih pertama yang kami terima selepas lebih sebulan,” kata seorang penerima lain sambil menunjukkan air berwarna ‘teh o’ dalam baldi di depannya.

Bekalan air bersih adalah satu daripada pelbagai sumbangan kepada mangsa banjir di Aceh Tamiang dalam Misi Bantuan Mangsa Banjir 3.0 Muslim Care Malaysia Society (MCM).

Misi Bantuan Banjir Aceh 3.0 mengambil masa enam hari dari 30 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 dengan agihan pelbagai barangan yang keseluruhan bernilai RM450,000 untuk manfaat kira-kira 5,000 mangsa banjir.

Misi membabitkan lapan NGO Malaysia diketuai Muslim Care Malaysia (MCM) bersama PAPISMA, Ikhlas Care, Ops Ihsan, Pertubuhan Kebajikan Berkat (Berkat), Harmoni Prihatin Malaysia (HPM), Pertubuhan Kebajikan Ilmu & Amal Selangor (Geng Talaqqi) dan Pertubuhan Jariah Qaseh (PJQ).




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia