AGIHAN SUMBANGAN PELARIAN SYRIA (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 February, 2024
Mereka kini terselamat dari peperangan, namun meneruskan kehidupan sebagai pelarian, satu lagi dugaan yang amat sukar diharungi.
Itulah situasi jutaan pelarian Syria yang mencari perlindungan di negara jiran, Turkiye
Muslim Care Malaysia (MCM) baru-baru ini menyantuni sekumpulan pelarian Syria di Iskenderun, selatan Turkiye.
Misi Bantuan Musim Sejuk Pelarian Syria di Turkiye itu turut disertai bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Albakri.
Dr Zulkifli yang pernah mendapat pendidikan di Syria berkata hatinya tersentuh melihat bangsa Syria yang suatu masa dulu dipandang tinggi kini hanya tinggal di dalam khemah dan kontena.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sumbangan anda melalui MCM sedikit sebanyak membantu pelarian Syria di sini untuk menghadapi musim sejuk yang mencabar ini,” katanya.