AGIHAN KIT KEBERSIHAN DI KEM AL MAWASI, GAZA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
30 December, 2024

Peperangan yang berlarutan selama lebih setahun di Gaza turut menyebabkan tersebarnya penyakit berjangkit kerana kawasan sekitar yang kotor dan kekurangan air bersih.

Penduduk Gaza juga kini ketiadaan alat kelengkapan untuk membersihkan diri seperti sabun, berus dan ubat gigi, tuala wanita dan lain-lain.

Menyedari situasi itu, Muslim Care Malaysia (MCM) segera membekalkan 550 kit kebersihan diri  kepada penghuni kem pelarian di Al Mawasi, Gaza pada pertengahan Disember 2024.

Setiap satu set kit kebersihan diri itu mengandungi sabun, berus dan ubat gigi, syampu, tuala wanita dan cecair pembasmi kuman.

Semua barangan itu adalah sebahagian daripada bantuan musim sejuk bernilai RM400,000 yang berjaya masuk ke Gaza dan dihantar oleh MCM dari Kaherah, Mesir.

Barangan lain yang turut dihantar menggunakan tiga kontena termasauk khemah, payung, selimut dan lampin pakai buang untuk kanak-kanak.

Semua itu adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia. Terima kasih atas keprihatinan anda kepada saura kita di Palestin.

Ingat sedekah jariah, ingat Muslim Care Malaysia. Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan. Tepat pada sasaran, tepat pada masanya.






© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia