AFGHANISTAN KEMBALI MENGGAMIT
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 July, 2023
Pertemuan barisan pemimpin Muslim Care Malaysia (MCM) dengan wakil Kementerian Luar Afghanistan, Maghfoorullah Shahab menggamit memori dua misi kemanusiaan ke negara itu pada hujung 2021 dan Mac tahun lalu.
Pertemuan eksklusif itu berlangsung di pejabat kedutaan Afghanistan yang kini dikenali sebagai Islamic Emirate of Afghanistan di Kuala Lumpur pada 21 Julai 2023.
MCM diwakili Presiden, Tuan Haji Zulkifli Wahijan; Naib Presiden, Muhd Khidir Izaidin dan Setiausaha Agung Ahmad Safuan Ujar. Maghfoorullah yang juga Timbalan Ketua Pengarah Satu Bahagian Politik, melakukan lawatan kerja di negara ini selama seminggu.
Dalam pertemuan itu, Maghfoorullah mempelawa MCM untuk sekali lagi berkunjung ke Afghanistan bagi melihat perkembangan terkini negara itu selepas bebas daripada cengkaman penjajahan Amerika Syarikat pada Ogos 2021.
"Selepas lebih setahun sejak kehadiran anda pada Mac tahun lalu, banyak perubahan berlaku. Begitupun, banyak lagi yang perlu kami lakukan. Alhamdulillah, kami yakin berada di landasan yang betul," katanya.
Dalam dua misi bantuan kemanusiaan ke Afghanistan sebelum ini, lebih RM500,000 dibelanjakan MCM untuk membantu penduduk negara itu.
Selain sumbangan makanan yang memberi manfaat kepada ratusan keluarga, MCM turut membina telaga tiub dan membiayai kelas jahitan untuk wanita supaya mereka mampu menjana pendapatan sendiri.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Tepat pada sasaran
Tepat pada waktunya
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve