"ADIK TAK SANGGUP LIHAT CERMIN"

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 February, 2024

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Demikianlah yang dialami adik Nur Aunie Syumaiyah 10 tahun yang mengidap cancer pada rahang mulut. “Nur dah tak mahu lagi tengok cermin”. Terkesan dengan perubahan yang berlaku pada mukanya. Demikianlah cerita yang disampaikan oleh ibunya dengan linangan air mata.

Ketika diziarahi Adik Nur hanya mampu berbaring sambil menahan kesakitan dan sesekali beliau membunyikan tekaknya sebagai isyarat minta disedut kahak melalui lubang sementara yang berada pada bawah lehernya. Kelihatan beliau yang dalam keadaan sedikit gelisah dan tidak selesa dengan keadaan mukanya yang membengkak dan menyebabkan dia juga terpaksa minum dengan menggunakan tiub.

Muslim Care Malaysia Society telahmenyantuni adik ini semalam di Batu Kikir, NegeriSembilan dengan menyampaikan sebuah katil hospital untuk kegunaannya beserta beberapa barangan keperluan semasa antaranya susu, pampers dan juga wet tisue. Kami juga membiayai kos ambulan bagi menghantarkan dia ke hospital pada 31/1/2024 akan datang. Ayahnya En Khalid bekas jaga telah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas kehadiran serta sumbangan yang telah diberikan.

Semoga Allah mengurniakan kesembuhan segera buat adik Nur dan memberikan kekuatan dan kesabaran untuk menjaga anak ini.

Ya Allah kepada Mu kami memohon dan perkenankanlah doa2 kami ini.

Muslim Care Malaysia Society

564490413882 Maybank


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia