
86 SUARA SYAHADAH MENGGONCANG LANGIT KEMBOJA (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 July, 2025
Allahu Akbar!
Lafaz syahadah bergema, jiwa bergetar.
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
Alhamdulillah, bumi Phum Thmey, Tboung Khmum, Kemboja sekali lagi menjadi saksi sebuah detik agung.
Sebanyak 86 saudara baharu telah memeluk Islam, melafazkan dua kalimah syahadah dengan getaran iman yang suci. Ia adalah detik yang tidak akan dilupakan dan satu kebangkitan jiwa mereka yang menerima hidayah Allah SWT.
Majlis lafaz syahadah ini berlangsung sempena kehadiran delegasi Muslim Care Malaysia (MCM) ke Kemboja bagi merasmikan Rumah Mualaf Phum Thmey, dan lebih bermakna apabila disertai oleh Penasihat Muslim Care Malaysia, Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Kehadiran beliau menyuntik semangat dan menjadi bukti komitmen dakwah dan kasih sayang ummah yang merentasi sempadan.
Detik ini bukan hadir begitu sahaja. Ia lahir dari sokongan yang tidak putus dari para penyumbang MCM. Setiap sen, setiap doa, setiap sumbangan Tuan Puan akhirnya menjadi penyebab hadirnya hari bersejarah ini. InsyaAllah, pahala syahadah yang dilafazkan ini akan terus mengalir kepada anda semua yang telah memberi.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat pada sasaran