80 SAUDARA BAHARU LAFAZ SYAHADAH DI MASJID MCM DI KEMBOJA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 October, 2026

Pada 6 Oktober 2026, seramai 80 saudara bukan Islam telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Muallaf @ A’Isyah, Tboung Khmum, Kemboja.

Masjid ini dibangunkan oleh Muslim Care Malaysia (MCM) bersama rakan kerjasama PAPISMA dan Keluarga Hj Serudin, hasil sumbangan orang ramai dengan kos pembinaan sekitar RM 285,000.

Kini, masjid ini menjadi pusat ibadah dan komuniti yang memberi manfaat kepada lebih 1,500 saudara baharu di wilayah Tboung Khmum, selain menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan komuniti mualaf melalui pendidikan agama, kebajikan dan sokongan kehidupan yang lebih baik.

Semoga Allah menetapkan hati mereka dalam iman, mempermudahkan perjalanan mereka sebagai saudara baharu serta membalas setiap sumbangan dan usaha semua pihak dengan sebaik-baik ganjaran. 


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia