701 MUALAF DI SABAH TERIMA SUMBANGAN (Video)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 September, 2023

Sejumlah 701 keluarga saudara baharu dari 11 buah kampunKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor berkata sumbangan yang disampaikan berbentuk wang tunai, pek barangan makanan keluaran FGV seperti beras, gula dan minyak masak, kit kelengkapan ibadah serta peruntukan untuk pembinaan sebuah masjid dan sebuah rumah asnaf.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah hasil kerjasama antara FGV dan Muslim Care Malaysia (MCM) bagi tujuan membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ruslan Muharam.

Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yasin, dan Presiden MCM, Zulkifli Wahijan.g di sekitar Nabawan dan Kundasang menerima sumbangan ikhlas daripada FGV Holdings Berhad (FGV) bernilai RM840,700 sempena program FGV Seikhlas Hati, pada 21 September 2023.

Sementara itu, Presiden MCM, Zulkifli Wahijan berkata Nabawan dipilih sebagai lokasi program kerana daerah ini adalah pusat penempatan semula saudara baru yang memeluk Islam sejak awal tahun 1970-an.

“Kesemua 701 keluarga yang menerima sumbangan pada hari ini adalah saudara baru yang memeluk Islam antara tempoh sebulan sehingga lima tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, Datuk Ruslan dalam ucapannya berkata sumbangan besar dan pertolongan yang diberikan oleh pihak FGV dan Muslim Care Malaysia kepada orang-orang Sabah amat dihargai.

Beliau juga berharap agar bakti murni dan keprihatinan FGV dan MCM dicontohi oleh syarikat korporat serta NGO lain.

Ingat Sedekah Jariah Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Sasaran Tepat Pada Waktunya




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia