7 RESOLUSI HASIL KOLOKIUM BERKAITAN ISU PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 July, 2024

"Resolusi hasil kolokuim hari ini akan kita bawa ke persidangan pada 27 September 2024 nanti," ulas Tuan Haji Zulkifli Wahijan, Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) semalam, 22 Julai 2024.

Sebanyak 7 resolusi berjaya disimpulkan dari kolukuim NGO Malaysia itu:

1. Suara ASEAN perlu lebih lantang dalam isu Palestin.

2. NGO Malaysia perlu lebih kuat dan tegas bersuara mendepani isu Palestin.

3. Kerajaan Malaysia perlu lebih agresif menggesa keamanan di Palestin.

4. United Nation (UN) perlu dirombak semula agar dikemudi oleh entiti yang lebih telus menyelesaikan masalah dunia hari ini.

5. Lakukan gencatan senjata segera!

6. Bina semula Gaza bermula sekarang.

7. Perkasakan BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) di Malaysia

Bekas Menteri Luar Malaysia yang juga Penasihat Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF),Tan Sri Dr Rais Yatim menegaskan, "Dalam soal sama ada Palestin harus ada gencatan senjata yang dilakukan oleh Israel dan ini sepatutnya menjadi satu desakan dari ASEAN,"

Ucaptama dari Tun Dr Mahathir turut telah disampaikan oleh Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai.

Turut hadir menyampaikan ucapan masing-masing ialah Naturei Karta (Pertubuhan Antarabangsa Ortodoks anti-Zionis), Rabbi Yisroel David Weis, Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024 Dr Maung Zarni dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Besar harapan kami untuk melihat satu gerakan luar biasa akan berlaku selepas kolokuim ini nanti.

Insya-Allah.

Dari sungai ke segara,

Palestin pasti MERDEKA!

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia