7 OKTOBER 2024 GENAP SETAHUN GENOSID ISRAEL KE ATAS GAZA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 October, 2024
Angka korban yang semakin meningkat dan mencecah 41,870 orang setelah setahun tercetusnya Taufan Al-Aqsa bukanlah suatu yang perlu dipandang sepi.
Bahkan ia adalah satu jenayah besar yang dunia sedang cuba butakan mata dan pekakkan telinga.
Sekatan digital dan berat sebelah media barat dalam usaha menyembunyikan kekejaman tentera Z io nis terhadap rakyat Falestin membuktikan mereka sendiri tahu perbuatan mereka adalah salah dan kejam. Bagaikan takut dengan bayang-bayang sendiri, pelbagai ancaman diberikan kepada negara yang mahu membantu Falestin.
Selain mengharapkan kuasa besar terutamanya negara-negara Islam bangkit dan bersatu mempertahankan tanah suci Al-Quds, teruskanlah bersolidariti dan menzahirkan sokongan kita kepada Falestin.
Teruskan bercerita tentang Falestin.
Teruskan berdoa dan bermunajat dengan penuh khusyuk.
Teruskan menyumbang dana kepada perjuangan Falestin.
"Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Falestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah ruah."
Amin.
Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!