400 PENOREH GETAH DI PADANG TERAP TERIMA SUMBANGAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
22 October, 2024

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar program penyampaian bantuan kepada asnaf di kalangan penoreh getah pada 5 Oktober 2024.

Seramai 400 penoreh terpilih daripada 12,000 penoreh getah di dalam Padang Terap merangkumi dua kawasan iaitu Kuala Nerang dan Pedu. Muslim Care Malaysia Society (MCM) dan PKIMB - Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking serta Surau Al Insaf bekerjasama mendanai program ini.

Para penoreh menerima sumbangan berbentuk;

1. Barangan keperluan harian bernilai RM50.00.

2. Kit ibadah (sejadah, telekong dan kain pelikat)

3. Sumbangan tunai RM50.00.

Menyentuh jiwa apabila salah seorang penerima dengan reaksi spontan mencium duit sumbangan yang diterima sambil mengucap “Alhamdulillah”.

Manakala beberapa lagi penerima kelihatan mengusap airmata kegembiraan dan syukur dengan sumbangan yang telah disampaikan.

Terima kasih kepada seluruh penyumbang yang menginfaqkan rezeki masing-masing untuk dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia