3,310 MURID DI 12 NEGERI TERIMA "BAG2SCHOOL"

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
22 March, 2023
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan Muslim Care Malaysia kerana hasil komitmen andalah program “Bag2School” 2023 berlangsung dengan jayanya.
Keseluruhannya, sebanyak 3,310 beg sekolah diberikan percuma kepada 3,310 murid di 12 negeri di Semenanjung Malaysia yang membabitkan kos RM167,500.
Mudah-mudahan, semua murid terbabit dapat menjalani sesi persekolahan dan pembelajaran dengan lebih sempurna ke arah menjadi insan soleh demi agama, bangsa dan negara.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat Pada Sasaran, Tepat Pada Waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia