300 KERUSI RODA SEDIA DIWAKAFKAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 September, 2023

Sebak, terharu dan gembira antara wajah-wajah yang kami lihat sebaik sahaja menghantar kerusi roda wakaf kepada penerima yang terpilih.

Bagaikan terubat sakit yang dialami sebaik menerima sumbangan wakaf kerusi roda.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang selalu bersama-sama menjayakan misi kebajikan bersama Muslim Care Malaysia (MCM) termasuklah misi kerusi roda wakaf ini.

Tidak berhenti di situ, MCM meluaskan jajahan serahan kerusi roda wakaf ke jabatan dan hospital yang memerlukan.

Sebanyak 300 buah kerusi roda sedia diwakafkan esok,14 September 2023. dalam Majlis Serahan Bantuan 300 Kerusi Roda Wakaf di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Terdahulu, sebanyak 40 buah kerusi roda telah kita serahkan kepada Pejabat Kesihatan di Negeri Perlis untung diagihkan ke hospital dan klinik kesihatan di sana.

Besar harapan kami untuk melihat lebih banyak yang memerlukan dibantu sebaiknya melalui misi-misi yang dijalankan oleh Muslim Care Malaysia.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia