30 JAM PERJALANAN TAPI... (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 April, 2025

Lebih 30 jam dalam perjalanan dilalui delegasi Muslim Care Malaysia (MCM), semalam 21 April 2025 sebelum diarahkan untuk berpatah balik.

Dengan satu matlamat, delegasi MCM bertolak dari Malaysia ke sempadan Thailand, terus ke sempadan Myanmar.

" Kami sudah sediakan segalanya sebaik mungkin, dokumen, surat dan perancangan perjalanan tetapi takdir Allah, kami diuji selepas 30 jam perjalanan."

Sampai di satu checkpoint pondok askar, kami diminta untuk berpatah balik hanya disebakan satu borang belum lengkap.

Bukan mudah hendak masuk ke kawasan Tanah Sari, Myanmar. Walaupun rasa sangat penat dengan arahan mengejut ini, namun kami faham ini demi keselamatan.

Pegawai bertugas di sempadan cuma menjalankan amanah mereka. Kami akur dan hormat. Maka, kami kembali ke pejabat kerajaan Myanmar untuk lengkapkan borang yang tertinggal dan teruskan semula perjalanan.

Walau jauh, penat dan diuji, Muslim Care Malaysia akan tetap melangkah kerana di hujung jalan ini, ada amanah yang menanti. Ada senyuman yang perlu dikembalikan dan ada hati yang mahu kami sentuh dengan kasih sayang.

Doakan kami, Muslim Care Malaysia yang sedang menuju ke perkampungan Melayu Myanmar.

Muslim Care Malaysia, Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masanya.

Tepat Pada Sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia