25 DIS 2022 - CUTI UMUM, HIKMAH BESAR KEPADA MANGSA BANJIR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 December, 2022
Hari ke-8 Misi Bantuan Kecemasan Banjir Kelantan & Terengganu, menyaksikan ramai ahli keluarga 70 mangsa banjir di Kampung Durian Mentangau, Paka, Terengganu yang disantuni, hadir ke rumah ibu ayah, saudara dan juga sahabat bagi meringankan beban menjalankan operasi mencuci dan membersihkan kesan banjir yang ditinggalkan.
“Sudoh-sudohlah tu..”, doa yang diucapkan oleh salah seorang penduduk agar tiada lagi banjir yang akan berlaku selepas ini serta berharap agar keadaan mereka segera pulih kembali.
Turut berkongsi pengalaman banjir tahun ini sangat berbeza daripada tahun-tahun terdahulu yang mana, air naik sangat cepat, dalam masa sehari berbanding seminggu pada kebiasaannya, Allah..
Heroes Muslim Care Malaysia Society (MCM) turut membantu 30 keluarga terjejas banjir di Kampung Nyior, Paka, Terengganu serta menyampaikan barangan yang terdiri daripada set kebersihan, set ibadah, set makanan sedia dimakan, tilam toto, bantal serta air mineral kepada dan 10 keluarga di Pasir Puteh, Kelantan hari ini.
Penghargaan khusus kepada Heroes MCM, Yayasan Taqwa daripada Skuad Musa’adah MAIWP, semua penyumbang serta semua pihak yang bersama-sama memberikan segala bentuk sumbangan kepada mangsa banjir di pelbagai kawasan ketika ini.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia Society dan menyumbang melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan, akan meringankan beban yang tidak tertanggung oleh mereka.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia