24 DIS 2022 - LEBIH BANYAK JENTERA DIGERAKKAN KE PANTAI TIMUR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 December, 2022
Pagi tadi alhamdulillah sebanyak 10 kenderaan pacuan empat roda telah tiba di Terengganu membawa pelbagai jenis bantuan termasuklah 100 set makanan sedia untuk dimakan, 100 set kebersihan, 100 set barang ibadah, 100 set toto, bantal dan kelengkapan bersihkan rumah.
Turut dibawa bersama ialah bekalan untuk Dapur Rakyat Muslim Care Malaysia Society yang akan memberi manfaat kepada 400 orang mangsa banjir.
Keseluruhan sumbangan yang dibawa semalam bernilai hampir RM35, 000 dari dana sumbangan Yayasan Taqwa, MAIWP.
Terima kasih juga kepada semua yang prihatin dan bermurah hati dan selalu menyumbang melalui Muslim Care Malaysia Society. Tanpa kalian semua, mustahil untuk misi bantuan ini dijayakan.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia Society dan menyumbang melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan, akan meringankan beban yang tidak tertanggung oleh mereka.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia