14 TELAGA TIUB SEDIA DIMANFAAT 10,000 PENDUDUK
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023
Tarikh 24 Oktober 2023 melakar sejarah apabila sebanyak 14 buah telaga tiub lagi akan dibina di sekitar Kelantan di bawah projek Water2Survive hasil kerjasama bersama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
Water2Survive adalah projek berkaitan pembinaan kemudahan sumber air kepada penduduk yang memerlukan
di dalam Malaysia dan di luar negara.
Projek bernilai RM291,200 ini boleh memberi manfaat kepada 10,000 penduduk tempatan.
Sejak dilancarkan pada tahun 2010, MCM telah berjaya membina 3 telaga tiub di dalam negara iaitu di Kelantan.
Manakala di Pahang,Selangor dan Kedah, sebanyak 10 program bantuan air bersih kepada masyarakat telah disediakan MCM disebabkan bencana alam yang telah mengakibatkan kerosakan sistem perpaipan dan kemiskinan.
Di luar negara pula, sebanyak 169 buah telaga tiub didirikan di lapan negara, antaranya Afghanistan, Pakistan, Indonesia, Bangladesh, Nepal, Kemboja, Chad dan Syria.
Dalam suatu kesempatan, Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.”
(Sahih Abu Daud).
Air sangat penting dalam kehidupan seharian kita, namun ada saja saatnya beberapa dari kita memiliki keterbatasan dalam mengakses air. Membantu orang dalam meningkatkan akses kepada air, menolong orang itu termasuk juga dalam kategori sedekah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.