100 PEK MAKANAN UNTUK ASNAF KG BELACAN, TAWAU (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 June, 2024

Misi dakwah dan kebajikan Muslim Care Malaysia (MCM) di Sabah pada 7 Jun 2024 berjalan lancar di Kg Belacan Tawau.

Di sebalik hiruk pikuk bandar Tawau, terdapat beberapa perkampungan antaranya Kg Belacan dimana penghuninya merupakan asnaf di Sabah.

Rombongan MCM dibawa ke lokasi oleh "Heroes' kami di Tawau iaitu Ust Wan Azmi Wan Omar selaku orang penting yang menjalankan misi kebajikan dan dakwah di situ sejak lebih dua tahun lalu.

Sebanyak 100 pek sumbangan makanan asas termasuk beras, gula turut diagihkan kepada penduduk kampung bagi meringankan beban seharian mereka.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang bersama dengan MCM dalam misi dakwah dan kebajikan kali ini di Sabah.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia