100 KAMPIT BERAS UNTUK PONDOK JENAGOR
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 March, 2026
100 KAMPIT BERAS UNTUK PONDOK JENAGOR
Madrasah Khairul Insan di Kampung Jenagor, Kuala Berang, Terengganu tidak pernah terlepas daripada menerima bantuan Muslim Care Malaysia (MCM) setiap kali tibanya Ramadan.
Pada tanggal 2 Mac 2026, Ahli Lembaga Pengarah MCM, Tuan Asri Tuan Hussein sekali lagi menziarahi pusat pemulihan itu yang dikenali juga dengan nama Pondok Jenagor, dan menyerahkan 100 kampit beras.
Sumbangan kecil itu amat bermakna untuk meringankan beban pihak pengurusan madrasah yang perlu menyiapkan juadah berbuka puasa dan bersahur untuk lebih 70 penghuninya pada setiap hari.
Pengerusi Madrasah Khairul Insan, Haji Arif Yong mengucapkan terima kasih kepada MCM kerana sentiasa prihatin dan kerapkali menghulurkan sumbangan kepada pihaknya.
Antara sumbangan yang pernah disalurkan MCM kepada Madrasah Khairul Insan sebelum ini ialah dua buah bot dan satu set generator elektrik pada tahun lalu.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran.