10 ASNAF DI RANTAU PANJANG TERIMA RUMAH 'HOME2LIVE'

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
30 April, 2023

Seramai 10 penerima dalam kalangan asnaf, mangsa kebakaran serta orang kurang upaya (OKU) menerima Rumah 'Home2Live' hasil sumbangan Muslim Care Malaysia Society dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Majlis serahan replika kunci rumah kepada penerima disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Ahmad Bin Yakob di Pusat Latihan dan Aktiviti Komuniti Rantau Panjang, di sini, pada 26 April 2023.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Zailah Mohd Yusuff dan Presiden Muslim Care Malaysia Society Zulkifli Wahijan.

 

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia