
Wakaf Produktif Malaysia-Palestin
Kesan daripada siri-siri serangan ke atas negara Palestin, kadar kemiskinan rakyatnya semakin meningkat setiap tahun.
Atas dasar tekad menjayakan misi membebaskan manusia daripada kemiskinan, kejahilan dan kemusnahan, Muslim Care Malaysia Society (MCM) serius untuk menjayakan Projek Wakaf Produktif Malaysia-Palestin di Gaza.
Wakaf Produktif Malaysia-Palestin adalah projek berasaskan pembangunan pelaburan di kawasan penting yang dianggap sebagai pusat bandar Gaza.
Ia akan dibangunkan di atas tanah seluas 2635 meter persegi dan merupakan tempat tumpuan ramai. Projek ini akan memberi manfaat yang besar dengan;
i - membuka ruang lebih banyak dalam tujuan-tujuan projek wakaf pada masa akan datang.
ii - boleh dijadikan sebagai suatu dorongan untuk pelaburan harta wakaf yang diyakini oleh pelabur-pelabur
iii - boleh membantu pelbagai lapisan sosial masyarakat di Gaza.
Insya-Allah ia akan jadi projek yang bukan sahaja membangunkan sosio ekonomi rakyatnya, bahkan negara Palestin itu sendiri.
Jadilah antara yang terawal dalam usaha menjayakan misi kali ini.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan, Tepat pada sasaran, Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia #bantuankemanusiaanmerentasisempadan
Penyumbang Terkini
-
Suryana Sutarzi
RM20, 1 bulan yang lepas
-
Fadli
RM150, 1 bulan yang lepas
-
hamba Allah
RM50, 2 bulan yang lepas
-
Hamba Allah
RM50, 2 bulan yang lepas
-
Noraaina Mohd Alam
RM100, 2 bulan yang lepas
-
hamba Allah
RM10, 3 bulan yang lepas
-
Hamba Allah
RM250, 3 bulan yang lepas
-
MUSTAFFA BIN SAABAN
RM30, 3 bulan yang lepas
-
Hani Daud
RM70, 3 bulan yang lepas
-
Sarah Izzah
RM50, 3 bulan yang lepas