RM 9,317

terkumpul dari RM 90,000

124 Penyumbang, 1 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA PEMBINAAN RUMAH CHE YUN

HASRAT SEHIDUP SEMATI SEBUMBUNG

Sekalipun melalui kepayahan hidup setelah kematian suami, Che Yun tetap mengharungi kehidupan dan bertekad untuk menjaga mertuanya yang uzur.

"Payah macamana pun saya akan tetap jaga mak mertua saya” kata Che Yün yang menjaga ibu mertua beliau yang agak uzur dan dia juga menghadap penyakit thyroid serta sedang menjalani rawatan.

Suami Che Yun telah membeli sebidang tanah tapak rumah di Kota Sarang Semut, Yan untuk dibina rumah buat mereka sekeluarga tetapi hajat beliau terkubur apabila dijemput Allah 2 tahun lepas. Che Yun mengambil tugas menjaga anak dan ibu mertua dan telah berkali-kali pindah kerana mereka hanya mampu menyewa rumah sahaja.

Muslim Care Malaysia telah menerima permohonan Che Yun melalui ketua masyarakat setempat dan ketika menziarahi keluarga ini, ibu mertua Che Yun turut merayu agar kami dapat menunaikan hajat allahyarham anaknya untuk membina rumah bagi membolehkan mereka hidup selesa tanpa perlu berpindah.

Berbekalkan pencen arwah suaminya, Che Yun meneruskan hidup bersama ibu mertua yang tidak lagi kuat dan 2 orang anaknya. 

Dengan kondisi dirinya yang tidak sihat, mengehadkan jenis pekerjaan yang mampu dilakukannya. Hanya kerja-kerja ringan yang boleh diusahakan. Tambahan lagi, hasil pendapatan yang tidak seberapa itu perlu digunakan untuk menampung kos rawatannya yang berpanjangan. 

”Orang-orang mukmin itu, baik laki-laki maupun perempuan, sebagian mereka adalah penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar; mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

(Surah At-Taubah: 71)

Marilah kita sama-sama bantu mereka untuk mendapatkan kediaman kekal yang lebih baik untuk membolehkan mereka membina kehidupan yang lebih baik.

Penyumbang Terkini

  • Ateeqah
    RM10, 13 jam yang lepas
  • Nadzim
    RM200, 2 hari yang lepas
  • Hanani
    RM10, 3 hari yang lepas
  • Hanani
    RM20, 1 minggu yang lepas
  • Muhammad Iqbal bin Seidi
    RM25, 1 minggu yang lepas
  • S.Diana N.
    RM20, 1 minggu yang lepas
  • Hanani
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Muhammad Fahmi Mohd Izhab
    RM4, 2 minggu yang lepas
  • Hanis
    RM10, 2 minggu yang lepas
  • HALIMATON BINTI MOHD ZIN
    RM10, 2 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia