RM 30,477

terkumpul dari RM 1,000,000

312 Penyumbang, 53 hari lagi

INFAQ SEKARANG

DANA PEMBELIAN 5 BUAH AMBULANS PALESTIN

Sudah 30 hari mereka hidup tanpa air. Bayangkan betapa tidak selesanya hidup untuk tidak mandi selama 30 hari.


Malah, rakyat Palestin kini sedang berada di fasa kebuluran kerana bekalan makanan semakin berkurangan. Bukan itu sahaja, bahkan risiko dibedil bom dan diserang dengan pelbagai cara ada dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Sehingga hari ini sahaja sudah lebih daripada 30 buah ambulans telah musnah kesan serangan bom Zionis Israel dan tidak kurang daripada 10,500 orang awam yang telah terkorban termasuklah kanak-kanak dan wanita.


Saudara Ahmed Abu Ayesh, Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin juga telah diserang dengan bom Zionis Israel dan menyebabkan kecederaan serta kehilangan ahli keluarganya.


Allahuakbar!


Tidak tergambar derita, ketakutan, penat dan sedih yang sedang mereka hadapi. Hanya kepada Allah sebaik-baik sandaran.


اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ


“Bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dipersiapkan buat dirinya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah” 

(Surah Al-Hasyr: 18)


Muslim Care Malaysia dan Pertubuhan Khidmat Ummah sedang mensasarkan usaha mencari dana bagi membeli 5 buah ambulans untuk kegunaan rakyat Gaza. Setiap yang tercedera, sakit dan luka perlu mendapat sebaik-baik rawatan.


Marilah bersama-sama kita berganding bahu dan mengumpul dana bagi menyediakan keperluan penting ini.


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.


Penyumbang Terkini

  • ABC
    RM100, 1 hari yang lepas
  • Noriza abdul hamid
    RM10, 1 hari yang lepas
  • Nurulshuhada binti mohamad
    RM5, 2 hari yang lepas
  • Nurshaliza Ahmad Ramli
    RM300, 2 hari yang lepas
  • Fatimah Hashim
    RM30, 2 hari yang lepas
  • Diei
    RM20, 2 hari yang lepas
  • mohamad faizul
    RM10, 1 minggu yang lepas
  • Hanis
    RM50, 1 minggu yang lepas
  • Noremazyan Sahudi
    RM5, 1 minggu yang lepas
  • Nuraini Thammili
    RM20, 1 minggu yang lepas
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia